Friday 12 August 2016

Filled Under:

Salam Takziah Buat Keluarga Pelakon Dan Pelawak Piee. Jasamu Dikenang


Siapa yang tidak kenal dengan veteran ini yang sentiasa buat anda tidak puas untuk ketawa kini dijemput Ilahi.

Pelakon serta pelawak vateran yang dikenali menerusi filem Mami Jarum, Nana Tanjung dan banyak lagi filem bergenre komedi dengan loghat Pulau Pinang,  Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 9 malam tadi di rumah anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Menurut anaknya Subariah Shafiee, keadaan kesihatan arwah ayahnya itu semakin merosok dan tidak lalu makan serta kelihatan penat sejak seminggu yang lepas.
Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat.
Sebelum ini Allahyarham pernah menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab apabila beliau dikatakan sudah meninggal dunia . Walaubagaimanapun, Allahyarham ada meminta agar penyebaran berita palsu tersebut dihentikan.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Pak Piee. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.





0 comments:

Post a Comment

babab.net